Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

sejarah        tempat - tempat menarik        tanjung piai        pantai rambah        peta        muka depan

 

 

LATAR BELAKANG

 

    Nama Pontian adalah dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang bermaksud tempat persinggahan yang mana pada zaman dahulunya ia menjadi tempat persinggahan bagi kapal-kapal dan perahu yang menggunakan Selat Melaka sebagai jalan perhubungan antara Melaka dan Singapura. Terletak di Pantai Barat Negeri Johor dengan bersempadankan Daerah Kluang dan Johor Bahru di bahagian Timur, Daerah Batu Pahat di Barat Laut dan Selat Melaka dibaratnya. Seorang Saudagar Arab, Tuan Syed Muhamad Alsagoff adalah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan Daerah Pontian yang hanya pada masa itu hanya bermula sebagai sebuah estet dalam tahun 1878, dan di bawah pemerintahan "Maharaja Sultan Abu Bakar"

 

 

    Pontian adalah sebuah daerah terkecil  dinegeri Johor Darul Ta’zim. Ia terletak  di sebelah Selatan Semenanjung Malaysia, bersempadankan Selat Melaka, Selat Johor, Sungai Pulai, Gunung Pulai dan Sungai Tampok. Walaupun begitu, daerah Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu dilawati.

 

 

    Seperti kebanyakan  daerah di Malaysia ini, penduduk Pontian adalah terdiri daripada kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Kehidupan bersama yang telah mereka lalui sejak beratus tahun lalu telah dapat mewujudkan satu suasana harmoni, saling memahami, tolong menolong walaupun menganut agama dan budaya yang agak berbeza. Pusat perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang terbangun  disebelah menyebabkan muara sungai  yang punya nama yang sama. Pusat perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang terbangun  disebelah menyebabkan muara sungai  yang punya nama yang sama.

    Terdapat satu pekan kecil yang diberi nama Pontian Besar. Pekan ini sebenarnya jauh lebih kecil dari bandar Pontian Kecil. Ia mendapat panggilan ‘besar’ itu disebabkan sungai yang terdapat berhampirannya adalah Sungai Pontian Besar. Pontian mendapat namanya dari perkataan PERHENTIAN. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil adalah pada satu masa dahulu merupakan  perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan ‘perhentian’ itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian.

    Pontian tidak mempunyai pantai laut yang cantik. Keunikan pantai bakaunya dengan keajaiban flora dan fauna serta keadaan masyarakat dan kampung yang aman dan tenang sajalah  yang dapat mengujudkan suasana yang menarik untuk memikat pelancung datang. Pontian hanya mampu menawarkan yang terbaik bagi sesiapa yang mahu menikmati Alam Semula Jadi.

 

Maklumat Asas Mengenai Daerah Pontian

i.

Keluasan

- 91,686.3 hektar atau 919.9 km persegi

ii.

Jumlah penduduk

- 2002 – 143,729 orang

iii.

Jabatan Negeri

-     10

 

Jabatan Persekutuan

-     30

 

Jabatan Diswastakan

-       3

iv.

Bilangan Mukim

-     10

 

Bilangan Penghulu

-     18

 

Bilangan Penghulu sedia ada

-     16

v.

Bilangan Kampung Induk

-     82

 

Bilangan Kampung Rangkaian

-   433

vi.

Bilangan Ketua Kampung ( di isi )

-     72

 

Bilangan Ketua Kampung ( Kosong )

-     10

 

Bilangan Ketua Masyarakat

-       5

 

Bilangan JKKK

-1,305

vii.

Pentadbiran Penguasa Tempatan

- Majlis Daerah Pontian

                      

Majlis Daerah Pontian merangkumi kawasan seluas 191,701 hektar terdiri dari

1.

Bandar Pontian

4.

Benut

2.

Pekan Nenas

5.

Ayer Baloi

3.

Pekan Permas

        SETERUSNYA